Sunday 6 October 2013

Aidil Adha dan Cuti Hujung Tahun


Alhamdulillah...masih diberi peluang dan ruang lagi olehNYA untuk berkarya di sini. Disamping hendak mengenalkan produk Rendang Opah bagi juadah Aidil Adha yang bakal tiba lagi 7 hari lagi dari sekarang.

Semalam 6hb Oktober teringin sangat hendak buat pulut kuning di samping hendak meraikan hari jadi anak saya yang ke 3 (Nuralia Najwa) pada 1hb Oktober lalu dan jugak kejayaan anak sulong saya (Nuramirah Liyana) yang baru lepas Konvokesyen 3hb Oktober 2013 yang lalu. Jadi saya pun me'rajin'kan diri untuk membuat pulut kuning untuk anak-anak saya.

Nuralia Najwa (Alia)16 tahun pada 1/10/2013

(Meraikan kejayaan Nuramirah Liyana pada 3/10/2013 di Univerisiti Malaya)

Jadi saya pun memang dah lama berhajat untuk membuat pulut kuning untuk menjamu anak-anak & keluarga di rumah pada Ahad 6/10/2013. Maka ini lah hasilnya,  ia boleh di makan bersama kuah kari ayam+kentang+telor rebus (Mr Hubby, Roslan Abd Manan yang masak), bersama Rendang Opah maupun dengan Serunding Ayam / Daging



Untuk makluman semua produk Opah's Delicacies sudah sampai ke Jepun di Yamaguchi.
Produk dalam packaging dan sticker lama telah di bawa ke sana oleh salah seorang pelajar dan juga bertugas di Jepun pada bulan Julai 2013 yang lalu.


Produk Rendang Opah dan Satay Goreng adalah FROZEN FOOD perlu di simpan didalam peti dingin beku di bawah  negatif -18 Celcius





Jadi bagi sesiapa yang hendak bercuti panjang pada penghujung tahun ini bersama keluarga tersayang boleh la bawa produk dari Opah's Delicacies ini bersama-sama anda...yang pasti kena di simpang di dalam tempat pakaian dengan kemas supaya ianya boleh di bawa masuk ke negara destinasi anda.
Pastikan di bungkus dengan beberapa lapisan surat khabar kerana ianya harus berada di tahap beku. Setibanya di negara yang hendak anda lawati masukkan ianya terus dalam petisejuk beku. Jika hendak makan hanya perlu di rendam dalam air panas sahaja selama 10-15 minit kemudian ia akan lembut dan sedia untuk di makan. 

Rendang Opah boleh di makan bersama-sama dengan lemang, pulut kuning, roti, nasi beriani atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Rendang Opah bersama Lemang Kukus

Bersama Pulut Kuning & Serunding

Lemang Kukus bersama-sama Serunding Daging & Ayam


Rendang Opah dimakan bersama-sama dengan Satay Goreng, Kuah Satay (kacang) & juga timun Zuccini





No comments:

Post a Comment