Tuesday 1 October 2013

ASAL USUL RENDANG TOK DI PERAK


RENDANG TOK memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara. Rendang Tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar di kebanyakan daerah di Perak.

RENDANG TOK merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu (jika di kampung2). Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.

 Nama Rendang Tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua (tok2 & opah2) pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam.Yang mana memerlukan sekurang-kurangnya 4-6jam untuk menghasilkan Rendang Tok yang sedap dan lazat ini.


 

No comments:

Post a Comment