Tuesday, 29 October 2013

Why 'FROZEN FOOD"?




12 Reasons Why Frozen Foods are Best for your Household

  1. Availability

    Within hours of picking, fresh fruits and vegetables are processed and quick frozen to prevent any deterioration of flavor, quality, texture or nutrition. And frozen, which remains virtually unchanged in storage, eliminates losses experienced from spoilage and shrinkage. Frozen at the peak of perfection, there is presently no better method of food preservation. Seasonal limitations are a part of the past.

  1. Convenience

    Frozen foods are truly convenient. The cleaning, picking, dicing, chopping and squeezing has been done. Whatever you choose, it's all prepared, ready to take from your freezer, heat and serve.

  1. Economy

    Frozen foods are economical. You do not pay for stalks, pits, skins, rinds or damaged food. Edible ounce for edible ounce, frozen food costs are usually less than their fresh counterparts.

    According to a U.S. Department of Agriculture study, five of the six vegetables tested, all available either canned, fresh or frozen, were cheapest when purchased frozen. Through price fluctuations, fresh produce can cost 99 cents at the beginning of the season, 39 cents at mid-season and then with no explanation, jump up again. With frozen foods, there are no such widely varying prices.

    Frozen prepared foods also compare favorably to their homemade counterparts. The real cost of preparing a food at home must take into account all the ingredients used in preparation. For example, to bake a cake would mean buying flour, sugar, eggs, shortening, spices or flavoring, and whatever else might be needed to make a frosting or topping. These can add up to quite an expensive cake. If you are an infrequent baker and will not use the remaining ingredients, frozen baked goods probably are a better buy.

  1. Food Safety

    Frozen foods offer explicit cooking directions, leaving no room for error and under-cooked food. And because the preparation (dicing, chopping, etc.) has already been done, all you have to do is heat and serve—less chance for contamination in the preparation process.

  1. Freshness

    Freezing foods seals in freshness. Foods designed for the freezer are selected at their peak of nutrition and flavor, quickly processed and frozen within hours, before there has been any deterioration in quality.

  1. Labeling

    Frozen food packages tell you what you're eating. Packages have ingredient and nutrition labeling. If you're health conscious, counting calories or on doctor's orders, frozen foods can help.




  1. Longer Storage

    Frozen foods have a longer storage time than fresh, offering maximum flexibility. Frozen broccoli, for example, stays fresh in the freezer for up to eight months, whereas fresh broccoli usually must be consumed within a week.

  1. No Waste

    With frozen foods you have food that is 100 percent edible. You don't pay for waste such as the pits of fruits, the shells, peels and outer leaves of vegetables, bones in fish or the fat on the meat. Studies of 13 vegetables show that as much as 40 percent of a raw vegetable is lost in shelling and peeling before the vegetable is ready for cooking—and that's 40 percent of the produce you've paid for.

    According to the U.S. Census Department, more than half the households in the country today consist of only one or two people. Many frozen products have been created especially for these households. There are single-serving side dishes, entrees and desserts. There is no waste since there are no leftovers. Individual servings also make it possible for each member of the family to eat his or her favorite dish, without the time and expense of preparing large quantities of each of the foods.

    In addition, frozen foods in poly bags (vegetables, fruits, pasta) offer easy portion control. Just pour out the amount needed and return the rest to the freezer for future use.

  1. Nutrition

    There's no better known means of preserving food than by freezing. Commercial rapid-freezing processes maintain nutritional quality of products without chemical preservatives. And food quick-frozen and properly stored keep their high nutritional value.

  1. Quality

    Frozen foods are consistent in quality. Only the best ingredients are used. That's because of stringent industry quality control procedures that begin on the farm.

  1. Taste

    Frozen foods can pass the most discriminating taste tests. An entree which has been correctly formulated, maintained at 0°F. and heated according to manufacturer's specifications, should taste identical to an on-premise prepared item. The recipes formulated for use in frozen prepared foods are created by some of the world's finest chefs. Immediately following preparation, freezing ensures consistently uniform product quality in each and every serving.


  1. Value

    Because frozen foods fit the way people live and eat today, they offer incomparable value in a number of ways: dollar savings, nutrition and quality, time savings and energy saving.
##www.nfra.org



Produk "Frozen Food" di Reeza Foods e-Mart

Berikut adalah senarai produk-produk yang terdapat di Reeza Foods E-Mart





Reeza's Rendang Tok - Resepi Opah
(cara penyediaan : dipanaskan dan terus di makan)





Azida Frozen - Karipap
(cara penyediaan: di goreng)




Lavish Bite Frozen - Durian Crepe
(cara penyediaan: keluarkan seketika dari petidingin beku dan terus di makan)



Samarqand - Frozen Nasi Arab Mandy (Ayam & Kambing)
(cara penyediaan : di panaskan didalam ketuhar mikro dan terus di makan)




D'Apple Frozen Chicken Chop
(cara penyediaan : di goreng atau pun di grill dan terus di makan)

Tuesday, 22 October 2013

Alhamdulillah habis stocks...


Syukur Alhamdulillah sepanjang ber'kampung' @Plaza Alam Sentral tempoh hari...semua stok produk-produk berikut telah habis terjual...ada yang mencari sampai ke rumah untuk mendapatkan supply...alhamdulillah Ya Allah rezeki yang telah KAU berikan...


Dah Bagus Sangat ke?

Sejak saya menghadirkan diri di Kursus IJI 2013 baru-baru ni...tetiba saya dah pandai je nak menaip (kalau dodulu org kata menulis la kan...la ni menaip di PC) Ada je idea yang nak di tulis dan di kongsikan...Masa sekolah dulu bab-bab mengarang memang tak berapa nak pandai sangat...Bila dah tua-tua ni banyak la pulak nak di ceritakan...Mungkin makin tua pengalaman hidup tu dah banyak patutla di kongsikan bersama dengan yang lain...

Setiap apa yang berlaku itu mesti sudah ditentukan olehNYA bukan secara kebetulan tetapi DIA menjadikan sesuatu perkara itu sebegitu ada sebabnya dan mesti ada HIKMAH kejadiannya sebegitu. Dan DIA hendak kita senantiasa mensyukuri akan NIKMAT yang diberikan kepada kita.
Saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi ALLAH swt kerna di umur saya sebegini saya masih lagi punya ke dua ibu bapa yang masih sihat walafiat…
ALHAMDULILLAH YA ALLAH KAU beri aku nikmat ini ya ALLAH…kerana itu lah jugak setiap apa yang saya lakukan saya pasti melakukannya demi ALLAH dan juga demi KEDUA IBU BAPA, SUAMI & ANAK2 saya…
Mak saya selalu berpesan…jika apa sahaja yang kita lakukan jangan suka menongkah langit…ingat di mana bumi kita berpijak…sebabnya setiap apa yang kita lakukan itu biar bersederhana…nak kaya raya jadi JUTAWAN lagi bagus tapi jangan sombong diri…

Sombong diri yang saya maksudkan di sini ialah…kita nak kenal dengan org pun kita memilih “bulu” dah la berkenalan dalam FB ni…yang sememangnya kita tak tau siapa org yang di sebelah sana sebenarnya…bila kita dah pandai sesuatu perkara tak kira la pandai apa sekali pun…pandai memasak, membuat kuih muih, membuat cake, membuat pelaburan, menjual itu dan menjual ini…jangan la rasa kita ini lebih tau dari orang lain…

Kita GAH dengan ungkapan saya PAKAR itu…saya PAKAR ini…bila orang baru nak kenal dengan kita dan mula tagged kita di page atau di grup dan sebagainya kita dah tak leh terima…kita malah ‘sound’ dan buat pengumuman di wall mengatakan itu dan ini pada rakan-rakan kita…
Ingat lah wahai rakan-rakan ku…kePAKARAN kita pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri dan juga doa-doa dari orang-orang yang berada di sekeliling kita…Jangan ingat kita dah “terror” sangat…belum cukup “terror” lagi…di sebabkan kita dah punya itu dan ini kita dah rasa cukup “sempurna”…

Sedarlah doa keluarga, rakan-rakan pada kita dan ucapan dan kata-kata mereka terhadap kita itu adalah satu SEDEKAH dan juga DOA…Kenapa kita terpaksa menyisihkan rakan-rakan kita hanya kerna mereka tersilap “tagged” kita…tak suka di tagged in the 1st place jangan accept orang tu dalam friend list kita…
Manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain…sedangkan kita adik beradik seramai emapt (4) orang pun hati lain-lain, inikan pula orang yang tiada kaitan dengan kita…
Saya sendiri pernah dan selalu punya pra-sangka tak elok pada orang…kerna kita tak kenal mereka lagi…Bila dah kenal baru kita tau yang orang tu macam mana. Itu sebabnya kita mesti bersangka baik dengan orang lain, hikmahnya amat besar.

Begitu jugak halnya dengan rezeki…kita berniaga ni kadang kala akan berkata-kata dalam hati (SLV ni sentiasa ada dalam diri kita)

“Boleh ke aku jual product si polan ni”

“Product aku macamana?”

“Apa sal dia je nak menjual kat situ? Habis aku macamana?

Semua ni ada dalam diri kita. 1001 persoalan bermain dalam fikiran kita di samping kata-kata sebegini:-

“Alaaaa sedap sangat ke makanan dia tu? Aku nya lagiii sedap…”

“Tak de la sedap mananya XXXX dia tu…Yang mak dan nenek aku masak
lagi sedap”

Macam-macam lagi yang kita akan katakan…macam itu macam ini semuanya ada…tak habis..habis nak comment orang punya…

Apa kata kita ucapkan

“ALHAMDULILLAH aku dapat rasa rendang si polan tu bagi tadi…”

“Sedap jugak Spaghetti dia buat tu kan..syukur dapat merasanya…”

“Best dapat jugak merasa keropok lekor dia kan…”

Sipembuat makanan tersebut akan mendapat Keberkatan atas apa yang kita ucapkan itu dan di samping itu juga kita yang merasa dan memakan makanan tersebut juga mendapat berkatnya…kerana setiap apa yang masuk ke mulut kita itu akan menjadi darah dan daging kita…Oleh itu jangan lah kita sebagai pengusaha makan ni suka cakap yang tak baik kepada product makanan orang lain…dan jangan pulak “dijaja2” citer pada yang kita dah makan product sipolan itu rasa nya sebegini la sebegitu la rasanya…

Katakan yang BAIK-BAIK tentang apa yang telah mereka lakukan…jika ianya tidak mengikut citarasa kita…mungkin pada orang lain OK tapi TIDAK pada kita…INGAT untuk memenuhi selera orang ramai tentang makanan ini tidak sama. Setiap manusia ini mempunyai citarasa yang berbeza-beza. (ingatan pada diri saya sendiri sebagai pengusaha makanan)

Jangan suka meng”kutuk” product orang lain…dalam kita duk mengutuk2 tu kita tak sedar sebenarnya yang product orang tu dah lama berada di pasaran…dan dah keluar negara, dah di eksport, dah punya kilang, dah ada segala sijil-sijil pengiktirafan…kita duk mengutuk orang punya yang kita ni punya apa? Sticker pun hanya sekadar sticker biasa-biasa, packaging hanya sekadar biasa-biasa, jualan pun hanya sekadar biasa-biasa…

Moral kepada citernya baikilah diri kita terlebih dahulu sebelum kita nak mengata atau mengomen orang yang dah jauh perjalanan mereka dalam segala hal lebih-lebih lagi dalam perniagaan…INGAT hari ini mungkin kita berada di PUNCAK tidak semesti kita KEKAL berada diatas jika kita tidak tau untuk berMUHASABAH (AUDIT) diri kita selalu…dan berISTAGHAFAR selalu kepada NYA…Kita hanya manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan…

-Rizalina Mohd Ishak-
REEZA FOODS

Rahsia Business Orang China



Satu perkongsian yang amat bermanafaat bagi kita semua pengusaha-pengusaha makanan

RAHSIA BISNES ORANG CINA - (di kongsikan dari Durian Crepe by Lavish Bite)

Perkongsian ilmu yang telah dibongkarkan oleh Uztaz/Professor Ann Wan Seng iaitu dari buku yang ditulis beliau RAHSIA BISNES ORANG CINA.

Let's have a look...

1.Orang Cina boleh berniaga di kampong Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang Cina. (Fuh, awal-awal dah tersentap).

2.Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan.

3.Orang Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.

4.Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya.Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan.Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban. (Faham ke faham? )

5.Orang Cina suka bekerja dengan pantas.Mereka tidak suka buang masa.Apabila bekerja,mereka akan memberikan sepenuh tumpuan bagi menjayakannya. Sebab itulah orang Cina bergerak pada kadar yang laju,makan laju dan cakap pun laju.Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

6.Bagi orang Cina, untuk Berjaya seseorang itu perlu mengalami kesakitan,kesusahan dan juga penderitaan terlebih dahulu.

7.Peniaga Cina akan bersikap terbuka dan berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sukar.Barulah dapat mencari jalan keluar.

8.Sekadar pintar berniaga tidak dapat memberikan hasil yang berkekalan.Ia perlu disusuli dengan sifat-sifat seperti agresif,berani, tahan lasak, bersemangat dan sanggup berjuang bagi merebut segala peluang yang tersedia.

9. Pepatah Cina ada mengatakan, “Jika terlalu berhati-hati akan mati”.Bermakna, untuk berniaga kita perlu mengambil risiko.Peniaga perlu berjiwa besar dan jangan terlalu memikirkan kesan tindak tanduknya.Peniaga perlu percaya dan yakin dengan tindakan serta keputusannya.Keraguan hanya akan menimbulkan perasaan was was.Peniaga yang waswas akan TEWAS.

10.Kerajinan adalah antara factor kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Orang Cina sanggup bangun pada waktu dinihari dan terus bekerja sampai ke malam hari.

11.Orang Cina adalah bangsa yang suka bercakap.Apabila bercakap,mereka akan bercakap dengan suara kuat. Tetapi mereka selalunya buat apa yang mereka katakan.Cakap mereka bukan cakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan.

12.Sejak kecil, orang Cina sudah ditanamkan dengan pemikiran supaya tidak bergantung pada orang lain.Mereka percaya mereka mempunyai kebolehan dan potensi.

13. Melalui perniagaan,seseorang berpeluang berjumpa dengan pelbagai golongan manusia.Ini dapat membentuk kemahiran berinteraksi dan menambahkan pengetahuan berkenaan psikologi manusia.

14.Dalam falsafah niaga Cina,tidak ada jalan dan cara mudah hendak menjadi kaya.Orang yang mencari untung jangka masa pendek akhirnya akan kecewa dan lingkup.

15.Jika perniagaan tidak mendapat sambutan ataupun tidak mendatangkan keuntungan, sudah sewajarnya mereka mengkaji dan memperhalusi di manakah kesilapannya,kelemahan serta kekurangannya.

16.Orang Cina lebih suka memfokuskan kepada satu perniagaan sahaja sebelum mengembangkannya kepada bidang perniagaan lain.Dengan itu mereka dapat menguasai perniagaan itu sehingga sukar orang lain hendak menyainginya.

17.Para peniaga Cina mementingkan nilai kemanusiaan dan persahabatan dengan pekerja.Taukey tidak boleh sombong dan bongkak.

18.Seni berniaga bagi orang Cina sangat halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori.Berniaga perlu praktikal,mampu menguasai kemahiran.

19.Sebagaimana seni mempertahankan diri,bidang perniagaan tidak boleh digunakan bagi menganiayai orang.

20.Orang Cina adalah satu bangsa yang kritikal.Peniaga yang melakukan manipulasi dan menggunakan muslihat akan menerima padahnya.

21.Daya pemikat yang ada pada peniaga Cina adalah antara ciri seni niaga orang Cina yang penting.Mereka akan melebihkan pelanggan dengan menambah nilai ke atas barangan yang dibeli, menyediakan khidmat selepas pembelian.

22.Peniaga Cina seorang yang bersikap ringan tulang,peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai saudara ataupun paling kurang,sebagai sahabat yang rapat.

23.Peniaga tidak seharusnya menjadi pengikut tetapi perlu berusaha menjadi pemimpin dalam bidangnya.Pemimpin yang baik tahu bila masa yang sesuai untuk bertindak dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

24.Dalam seni niaga orang Cina,tidak menjadi satu perkara yang memalukan jika seseorang itu mengalah sekiranya dengan melakukan itu, dia akan mendapat peluang yang lebih baik.Mengalah tidak bererti kalah.

25.Peniaga perlu ada rasa ‘sensitif’.Perasaan itu dapat membantu peniaga mengesan sebarang bentuk perubahan yang berlaku.Orang yang ada elemen sensitif ini dapat menghidu peluang dan dan menukarkan keadaan yang buruk kepada situasi yang menguntungkan.

26.Peniaga sepatutnya mendapatkan seberapa ramai kawan, bukan musuh yang dicari.Mereka yang suka berlawan, berkelahi dan mencetuskan konflik tidak sesuai menjadi peniaga.

27.Peniaga Cina suka menggunakan ahli keluarga sendiri bagi membantu urusan perniagaan mereka.Bagi mereka, lebih mengupah orang yang mereka kenal dan mempunyai pertalian daripada mengambil orang luar.

28.Bagi mengikat kesetiaan para pekerja, setiap majikan perlu melayan pekerja seperti ahli keluarganya sendiri.Majikan tidak boleh terlalu berkira dengan pekerjanya.

29.Orang Cina akan rasa rendah diri jika mereka gagal hidup berdikari dan hanya makan gaji sepanjang hayat.Selagi seseorang itu bekerja makan gaji, selama itulah dia tidak boleh menjadi kaya dan meningkatkan kedudukan sosialnya.

30.Orang Cina tak takut dengan kegagalan dan kerugian.Bagi orang Cina, tanpa rugi tidak mungkin akan datang untung.Orang Cina juga jarang memandang rendah kepada mereka yang gagal dalam perniagaan.

31.Peniaga Cina tidak bersikap boros. Peniaga baru perlu secara sederhana.Jangan suka menunjuk-nunjuk kerana ia adalah sikap yang tidak memberikan keuntungan.Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik,kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan.

Okay...Alhamduliillah...terima kasih kerana sudi membaca..Tapi, jangan syokk baca saja yer...apply yang terbaik untuk bisnes kita okay!..Ilmu yang bermanfaat boleh digunakan dan diamalkan serta dikongsikan..Peniaga atau usahawan lain juga boleh apply dalam kehidupan dan perniagaan yang dijalankan .Semoga kita sentiasa terus maju ke hadapan..Nak berjaya di dunia perlukan ilmu,nak dapatkan akhirat juga perlukan ilmu..Ya Allah tambahkan ilmu yang bermanfaat untuk kami semua.

##Pakar Rendang Opah - Frozen Food No:1 Di Asia Tenggara##
***REEZA FOODS***


Monday, 21 October 2013

Karnival IKS - Fama (17 - 20 Oktober 2013)

Alhamdulillah sambutan yang amat-amat menggalakkan terhadap frozen food dari pengunjung-pengunjung yang datang ke Karnival IKS tersebut.

Pengalaman yang tidak dapat di lupakan sepanjang Karnival tersebut selama 4 hari bermula dari 17 hingga 20 Oktober  2013.

Selepas ini akan ada lagi Karnival-karnival sebegini yang akan kami dari Reeza Foods sertai di masa-masa akan datang...In syaa ALLAH

Kemeriahan di Karnival IKS anjuran FAMA memang terbaekkk...Syabas !!!














Reeza Foods dengan Frozen Food nya...

Reeza Foods sekarang berkolabrasi dengan pengusaha-pengusaha makanan frozen yang lain bagi menghasilkan pelbagai produk dalam syarikat kami. Antara produk-produk tersebut adalah:-


D'Apple - Chicken Chop, Reeza's - Rendang Opah, Samarqand - Nasi Arab Mandy & Azida Frozen - Karipap


Semasa Karnival IKS - Fama (17/10-20/10/2013) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam




D'Apple Chocken Chop



Samarqand - Nasi Arab Mandy



Azida Frozen - Karipap & Temosa



Sunday, 6 October 2013

Aidil Adha dan Cuti Hujung Tahun


Alhamdulillah...masih diberi peluang dan ruang lagi olehNYA untuk berkarya di sini. Disamping hendak mengenalkan produk Rendang Opah bagi juadah Aidil Adha yang bakal tiba lagi 7 hari lagi dari sekarang.

Semalam 6hb Oktober teringin sangat hendak buat pulut kuning di samping hendak meraikan hari jadi anak saya yang ke 3 (Nuralia Najwa) pada 1hb Oktober lalu dan jugak kejayaan anak sulong saya (Nuramirah Liyana) yang baru lepas Konvokesyen 3hb Oktober 2013 yang lalu. Jadi saya pun me'rajin'kan diri untuk membuat pulut kuning untuk anak-anak saya.

Nuralia Najwa (Alia)16 tahun pada 1/10/2013

(Meraikan kejayaan Nuramirah Liyana pada 3/10/2013 di Univerisiti Malaya)

Jadi saya pun memang dah lama berhajat untuk membuat pulut kuning untuk menjamu anak-anak & keluarga di rumah pada Ahad 6/10/2013. Maka ini lah hasilnya,  ia boleh di makan bersama kuah kari ayam+kentang+telor rebus (Mr Hubby, Roslan Abd Manan yang masak), bersama Rendang Opah maupun dengan Serunding Ayam / Daging



Untuk makluman semua produk Opah's Delicacies sudah sampai ke Jepun di Yamaguchi.
Produk dalam packaging dan sticker lama telah di bawa ke sana oleh salah seorang pelajar dan juga bertugas di Jepun pada bulan Julai 2013 yang lalu.


Produk Rendang Opah dan Satay Goreng adalah FROZEN FOOD perlu di simpan didalam peti dingin beku di bawah  negatif -18 Celcius





Jadi bagi sesiapa yang hendak bercuti panjang pada penghujung tahun ini bersama keluarga tersayang boleh la bawa produk dari Opah's Delicacies ini bersama-sama anda...yang pasti kena di simpang di dalam tempat pakaian dengan kemas supaya ianya boleh di bawa masuk ke negara destinasi anda.
Pastikan di bungkus dengan beberapa lapisan surat khabar kerana ianya harus berada di tahap beku. Setibanya di negara yang hendak anda lawati masukkan ianya terus dalam petisejuk beku. Jika hendak makan hanya perlu di rendam dalam air panas sahaja selama 10-15 minit kemudian ia akan lembut dan sedia untuk di makan. 

Rendang Opah boleh di makan bersama-sama dengan lemang, pulut kuning, roti, nasi beriani atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.

Rendang Opah bersama Lemang Kukus

Bersama Pulut Kuning & Serunding

Lemang Kukus bersama-sama Serunding Daging & Ayam


Rendang Opah dimakan bersama-sama dengan Satay Goreng, Kuah Satay (kacang) & juga timun Zuccini