Sejak saya menghadirkan diri di Kursus IJI 2013 baru-baru ni...tetiba saya dah pandai je nak menaip (kalau dodulu org kata menulis la kan...la ni menaip di PC) Ada je idea yang nak di tulis dan di kongsikan...Masa sekolah dulu bab-bab mengarang memang tak berapa nak pandai sangat...Bila dah tua-tua ni banyak la pulak nak di ceritakan...Mungkin makin tua pengalaman hidup tu dah banyak patutla di kongsikan bersama dengan yang lain...
Setiap apa yang berlaku itu mesti sudah ditentukan olehNYA bukan secara kebetulan tetapi DIA menjadikan sesuatu perkara itu sebegitu ada sebabnya dan mesti ada HIKMAH kejadiannya sebegitu. Dan DIA hendak kita senantiasa mensyukuri akan NIKMAT yang diberikan kepada kita.
Saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi ALLAH swt kerna di umur saya sebegini saya masih lagi punya ke dua ibu bapa yang masih sihat walafiat…
ALHAMDULILLAH YA ALLAH KAU beri aku nikmat ini ya ALLAH…kerana itu lah jugak setiap apa yang saya lakukan saya pasti melakukannya demi ALLAH dan juga demi KEDUA IBU BAPA, SUAMI & ANAK2 saya…
Mak saya selalu berpesan…jika apa sahaja yang kita lakukan jangan suka menongkah langit…ingat di mana bumi kita berpijak…sebabnya setiap apa yang kita lakukan itu biar bersederhana…nak kaya raya jadi JUTAWAN lagi bagus tapi jangan sombong diri…
Sombong diri yang saya maksudkan di sini ialah…kita nak kenal dengan org pun kita memilih “bulu” dah la berkenalan dalam FB ni…yang sememangnya kita tak tau siapa org yang di sebelah sana sebenarnya…bila kita dah pandai sesuatu perkara tak kira la pandai apa sekali pun…pandai memasak, membuat kuih muih, membuat cake, membuat pelaburan, menjual itu dan menjual ini…jangan la rasa kita ini lebih tau dari orang lain…
Kita GAH dengan ungkapan saya PAKAR itu…saya PAKAR ini…bila orang baru nak kenal dengan kita dan mula tagged kita di page atau di grup dan sebagainya kita dah tak leh terima…kita malah ‘sound’ dan buat pengumuman di wall mengatakan itu dan ini pada rakan-rakan kita…
Ingat lah wahai rakan-rakan ku…kePAKARAN kita pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri dan juga doa-doa dari orang-orang yang berada di sekeliling kita…Jangan ingat kita dah “terror” sangat…belum cukup “terror” lagi…di sebabkan kita dah punya itu dan ini kita dah rasa cukup “sempurna”…
Sedarlah doa keluarga, rakan-rakan pada kita dan ucapan dan kata-kata mereka terhadap kita itu adalah satu SEDEKAH dan juga DOA…Kenapa kita terpaksa menyisihkan rakan-rakan kita hanya kerna mereka tersilap “tagged” kita…tak suka di tagged in the 1st place jangan accept orang tu dalam friend list kita…
Manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain…sedangkan kita adik beradik seramai emapt (4) orang pun hati lain-lain, inikan pula orang yang tiada kaitan dengan kita…
Saya sendiri pernah dan selalu punya pra-sangka tak elok pada orang…kerna kita tak kenal mereka lagi…Bila dah kenal baru kita tau yang orang tu macam mana. Itu sebabnya kita mesti bersangka baik dengan orang lain, hikmahnya amat besar.
Begitu jugak halnya dengan rezeki…kita berniaga ni kadang kala akan berkata-kata dalam hati (SLV ni sentiasa ada dalam diri kita)
“Boleh ke aku jual product si polan ni”
“Product aku macamana?”
“Apa sal dia je nak menjual kat situ? Habis aku macamana?
Semua ni ada dalam diri kita. 1001 persoalan bermain dalam fikiran kita di samping kata-kata sebegini:-
“Alaaaa sedap sangat ke makanan dia tu? Aku nya lagiii sedap…”
“Tak de la sedap mananya XXXX dia tu…Yang mak dan nenek aku masak
lagi sedap”
Macam-macam lagi yang kita akan katakan…macam itu macam ini semuanya ada…tak habis..habis nak comment orang punya…
Apa kata kita ucapkan
“ALHAMDULILLAH aku dapat rasa rendang si polan tu bagi tadi…”
“Sedap jugak Spaghetti dia buat tu kan..syukur dapat merasanya…”
“Best dapat jugak merasa keropok lekor dia kan…”
Sipembuat makanan tersebut akan mendapat Keberkatan atas apa yang kita ucapkan itu dan di samping itu juga kita yang merasa dan memakan makanan tersebut juga mendapat berkatnya…kerana setiap apa yang masuk ke mulut kita itu akan menjadi darah dan daging kita…Oleh itu jangan lah kita sebagai pengusaha makan ni suka cakap yang tak baik kepada product makanan orang lain…dan jangan pulak “dijaja2” citer pada yang kita dah makan product sipolan itu rasa nya sebegini la sebegitu la rasanya…
Katakan yang BAIK-BAIK tentang apa yang telah mereka lakukan…jika ianya tidak mengikut citarasa kita…mungkin pada orang lain OK tapi TIDAK pada kita…INGAT untuk memenuhi selera orang ramai tentang makanan ini tidak sama. Setiap manusia ini mempunyai citarasa yang berbeza-beza. (ingatan pada diri saya sendiri sebagai pengusaha makanan)
Jangan suka meng”kutuk” product orang lain…dalam kita duk mengutuk2 tu kita tak sedar sebenarnya yang product orang tu dah lama berada di pasaran…dan dah keluar negara, dah di eksport, dah punya kilang, dah ada segala sijil-sijil pengiktirafan…kita duk mengutuk orang punya yang kita ni punya apa? Sticker pun hanya sekadar sticker biasa-biasa, packaging hanya sekadar biasa-biasa, jualan pun hanya sekadar biasa-biasa…
Moral kepada citernya baikilah diri kita terlebih dahulu sebelum kita nak mengata atau mengomen orang yang dah jauh perjalanan mereka dalam segala hal lebih-lebih lagi dalam perniagaan…INGAT hari ini mungkin kita berada di PUNCAK tidak semesti kita KEKAL berada diatas jika kita tidak tau untuk berMUHASABAH (AUDIT) diri kita selalu…dan berISTAGHAFAR selalu kepada NYA…Kita hanya manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan…
-Rizalina Mohd Ishak-
REEZA FOODS
No comments:
Post a Comment